Saturday 1 October 2016

Aku jenis malas studyhard tapi dapat result okay. sebab....


Nama aku Nur Adibah Bt Sulaiman dan umur aku 18 tahun (tak official lagi).
Maaflah guna perkataan “aku” sebab selesa guna bila cakap sendiri-sendiri ni.
Sebenarnya aku nak kongsi sikit pasal aku belajar dulu2.


Betul lah cakap orang bila kita dah tak sekolah lagi, kita akan rindu dgn memori kita dulu2 waktu sekolah. 
Rindu nak belajar dgn cikgu2, sahabat2 syurga aku and paling rindu dgn suasana sekolah tu
Ya Allah, rindu dia macam nak je sambung balik belajar. 

Oh no no! FOCUS DIBA ON YOUR GOALS!!!!

            Waktu aku tadika memang aku selalu muncul atas pentas menang itu ini and jadi best student sampai cikgu suruh aku bagi peluang dekat kawan2 bagi dorang menang pulak. Aku memang suka sangat naik pentas and bercakap depan orang ramai sebab mungkin aku rembat sikit kot perangai mak aku. Aku bukannya nak bongkak dengan kisah tadika aku tu.. Chill~ jangan buat andaian dalam hati korang tu dulu and baca habis cerita aku ni sebab kau akan tahu konklusi cerita aku ni.

            Okay kita masuk pulak dalam alam sekolah rendah aku ni. Waktu sekolah rendah ni aku dah mula malas nak belajar sebab apa aku pun tak tahu. Alhamdulillah aku maintain kelas ke-2 sepanjang tahun eventho malas. Perghhh bila belajar bab math memang aku orang pertama paling benci. Time tu belajar fraction kot, itupun aku dah kata susah. HAHAHHAHAHA!!!!  nampak tak “over pandai “ aku tu? Masuk darjah 6 lagi ah malas sebab katanya dah nak habis sekolah kan?? Result UPSR aku pun 2A 3B. Alhamdulillah tak ada C.

Lepas je aku dapat result, cepat2 aku call mak guna public phone. Perghhh beratur panjang beb. Aku bagitahu mak yang aku dapat 2A 3B ni, mak tak marah aku langsung and dia tetap puji aku ni budak pandai. Time tu memanglah aku nak menangis sebab aku tak dapat nak bawak mak naik pentas macam dulu2.

            Ni kisah sekolah menengah pulak. Aku dulu sekolah dekat SMK Sentul Utama then pindah SMK Puteri Wilayah sebab mak nak aku ambik aliran agama. Sekolah menengah ni pun penyakit malas aku ni menjadi-jadi sebab aku tak nak belajar dalam aliran agama.  Terlalu alim aku ni sampai tak nak belajar agama aku sendiri. Ish ish ish… Lepas PMR aku tekad nak jugak keluar dari sekolah tu sebab aku tak minat baca buku semua ni. Lagipun sekolah tu tekankan pasal akademik. Ye lah sebab guru besar nak kiteorang ni jadi budak cerdik. (maaf saya cakap macam tu) Weh, kalau belajar dok depan buku je aku tak sukaaaaaaa… Aku jenis tak boleh duduk diam. Subjek seni je aku suka sebab tangan aku boleh merayau conteng sana sini. Result PMR aku pun dapat 2A n berapa B & C & D tah sebab aku ambik 9 subjek inc bahasa arab.

            Lepas PMR aku pindah dekat Kolej Vokasional ERT Setapak. Aku ambik subjek yang paling paling paling aku minat sejak sebelum tadika lagi iaitu… Fashion and Dressmaking. Aku masuk asrama time tu eventho rumah den dokek jo dongan kolej tu ha sebab mak den suruh masok. Memang bab jahitan ni dah jadi darah daging aku sejak aku kecik lagi sebab mak abah aku dalam bidang ni jugak. Tapi tak semestinya aku rajin nak buat kerja2 and assignment jahitan ni and kerja aku suka menangguh. Kononya terer sangatlah aku ni sampai malas nak belajar bab tu.. Penyakit malas and menangguh aku tu still ada. Dalam KV ni pun ada akademik jugak tau and aku pun tak suka belajar akademik ni. HAHAHAHA.

Time aku dekat dalam asrama aku ada seorang sahabat and nama dia Hasliza. Dia ni memang rajin wehhh.. Waktu dah nak dekat exam, celik je mata dri tidur terus study. Dia selalu ajak aku study and aku follow dia. Tak sampai 10 minit aku dah padam. Malas gilo nak study and aku akan study malam sebelum exam tu. Aku salin balik apa yang dalam nota tu tulis. Ada lah jugak aku stay up nak study sejarah dekat court bawah and itupun aku banyak main dari study. Aku selalu study gitu2 aje and bukannya aku study memenatkan otak aku sebab aku simpati dgn otak aku ni.

Aku ni malas study tapi nak result gempak. Ha macamana tu eh? Time Sem 1, Alhamdulillah sangat2 nama aku atas sekali sebab pointer paling tinggi dalam course aku and aku dapat 4 flat untuk subjek fashion ni and akademik aku dapat 1  atau 2 B je yang lain A+ & A-. 

Time hari Anugerah Cemerlang tu akhirnya dapat naik pentas and aku dapat anugerah Khas Pengarah, Alhamdulillah sangat2 and time tu aku tengok muka mak abah aku. Sebak sangat sebab dah berapa tahun aku tak naik pentas untuk diorang and that time aku dapat jugak naik. Sem 2 pun sama and tak dapat dekan ah. Cuma dapat anugerah pelajar keseluruhan terbaik. Kah kah kah..

            Ada satu hari tu aku duduk diam2 and aku baca balik kenapa aku result aku ada naik and turun. Sedar tak sedar waktu result aku turun tu, aku banyak sangat buat dosa yang sangat banyaklah. Aku lupa ALLAH, aku lagho dengan duniawi ni and aku tak rapatkan hubungan aku dgn mak abah n family aku. Aku bercinta, and sampaikan aku lupa cintakan ALLAH and mak abah aku.
Aku compare time zaman result aku naik. Nak tahu macamana? Walaupun aku study ala kadar je?

Ni tips yang aku buat :

11)      Setiap pagi2 buta lepas mandi and sebelum tunggu azan subuh tu aku buat qiammulail.
(Aku doa dengan sungguh2 and aku hayati permintaan aku tu)

22)     Bila aku sedih and tak ada mood, aku akan on call dengan mak sampai mengantuk ah.
(Aku tak pernah on call dgn mak secara manja2 sebab aku tak suka mak abah nampak aku manja) (aku banyak kali suruh mak doakan aku setiap pagi and setiap malam)

33)     Aku rapatkan diri dengan lect aku and rajinkan diri bantu mereka
( mak pesan redha guru2 tu pun penting bila adik belajar and jangan merungut if lect adik ajak tak best)

44)      Belajar ikut kemampuan diri and jangan paksa gila2. Usaha itu penting.
                  (lagi kau force otak kau untuk study, lagi banyak yg tak ingat)



Kau nak pakai wifi tapi wire tak ada, Apa guna kalau ada wifi pun.

kau jaga connection kau dengan 1) MAK ABAH & KELUARGA
                                                        2) LECT / GURU2


Percayalah cakap aku nanti line wifi kau laju gilaaaa. ALLAH tu Maha Pemurah and kau mintaklah apa2 pun asalkan kau buat apa yang Dia suruh.